. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: April 2016

facebook like pop up

Wednesday 13 April 2016

dr zakir naik







BERITA kunjungan penceramah agama tersohor dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam negara, dan lebih hangat dalam masa beberapa hari ini.

Dr Zakir Abdul Karim Naik merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah dari Universiti Mumbai.

Sebahagian daripada masyarakat Malaysia amat ternanti-nanti akan kedatangannya malah ingin mengikuti majlis ceramah yang mengasah ketajaman pemikiran, khususnya tentang pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam.

Namun, dalam masa yang sama, sebahagian lagi masyarakat menganggapnya sebagai 'ancaman', kerana kepetahannya berdebat dilihat 'boleh mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama'.

Selepas berjaya menarik perhatian dengan kemunculan di Terengganu pada Ahad, Dr Zakir menjadi topik hangat apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan agar ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak diteruskan atas sebab ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Penceramah yang melepasi usia setengah abad itu dijadual menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam).

Isu Dr Zakir kini menjadi perbualan hangat di Malaysia, tetapi sejauh manakah kita mengenali beliau?



Biodata Dr Zakir Naik

Lahir: 18 Oktober 1965 (umur 50), Mumbai, India
Pasangan: Farhat Naik
Ibu bapa: Abdul Karim Naik
Anak: Rushda Naik, Fariq Zakir Naik
Pendidikan: University of Mumbai,






Mari kita tonton antara video video ceramahnya yang hot !!











Best Song Ever .....





ARTIKEL INI DI TAJA OLEH

‘PRODUK TERHEBAT ABAD INI’
Must Look Before Comment !!




CERITA LANJUT





Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!

Monday 11 April 2016

8 keistimewaan memelihara kucing









Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati. Namun, adakah kita semua menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.



Keistimewaan #1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik


Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.

Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.

Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.

Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu lupa dengan kepenatan seharian.

Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.

Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.

Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya.

Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.

Keistimewaan #2 – Menjaga Kesihatan Fizikal


Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan otot?

Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.

Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.



Keistimewaan #3 – Saling Berkasih-sayang


Anda ingin melihat contoh kasih sayang yang tak bertepi? Peliharalah kucing. Kucing menyayangi tuannya tanpa syarat.

Betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan derhaka pada Tuhan. Kenapa saya kata begitu?

Waktu Subuh saya dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan saya. Selagi tak bangun, selagi itulah kucing hitam ini akan berbunyi dengan nyaring betul-betul di telinga sambil menjilat-jilat telinga saya.

Sebaik sahaja saya mengalah dan bangun bersolat, barulah kucing ini berhenti mengganggu. Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan paling kenal siapa Tuhannya.

Di sini saya belajar suatu yang bermakna dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.

Satu lagi kisah mengenai kasih sayang kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tajam berbanding manusia.

Apabila terdapat sel-sel kanser di dalam tubuh tuannya, kucing akan cuba memberitahu tuannya itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya).

Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara.

Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan pastikan rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.

Mana ada kucing yang akan membiarkan haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah kami akan tunjukkan hasil tangkapan itu kepada kami (kucing-kucing kami tak makan buruan ni).

Sebagai tanda terima kasih, kami upah pula dengan pujian, usapan dan makanan yang enak untuknya.



Keistimewaan #4 – Mendisiplinkan Diri & Membentuk Sifat Bertanggungjawab

Boleh ke jadi seorang yang berdisiplin bila memelihara kucing? Nampak seperti mudah tapi ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh tuan kucing sebenarnya.

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu peka.

Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.

Ini belum ambil kira soal imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor tau.

Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah.

Maka tuan kucing mesti komited dan berdisiplin untuk menunjukkan perkara ini sehingga kucingnya pandai menjaga kebersihan diri.

Tambahan pula, jika kucing tidak menjaga soal kebersihan dan menganggu harta benda orang lain (mencuri ikan, ‘menanda kawasan’ di tempat orang dsbg), tuan kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya.

Ya, jadilah seorang tuan kucing yang bertanggungjawab dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Fahamilah bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau bau-bau ‘kotoran’ kucing anda boleh menganggu ketenteraman awam.

Ini belum ambil kira soal memberi mandi kucing, mengemas bulu dan memotong kuku lagi tau (lain spesis kucing, lain keperluannya).

Bila semua ini dilakukan, bukankah anda jadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab?



Keistimewaan #5 – Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri & Kedekut

Memelihara kucing dapat belajar untuk menjadi manusia. Sesiapa yang ada hati yang keras macam batu tu, saya sarankan peliharalah kucing. Sesiapa yang ada jiwa yang sangat kedekut bak Haji Bakhil tu, silalah pelihara kucing.

Berkata Ibn al Haitami dalam Fatwa:

“Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”

Sungguh tak dapat difahami bagaimana ada manusia yang tergamak untuk memijak, menyepak, memotong dan menyiram air panas pada binatang yang tak berdosa ni.

Agaknya dah hilang akal sampai tak ingat Tuhan Maha Melihat setiap perbuatannya itu. Memalukan! Jangan lupa pada kisah seorang wanita yang dicampak ke dalam neraka kerana mengurung kucingnya tanpa diberi makan. Inikan lagi dicederakan sehingga begitu rupa.

Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.

Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.

Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.



Keistimewaan #6 – Mendapat Pahala

kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.

Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:

Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.

Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”



Keistimewaan #7 – Dimurahkan Rezeki

Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing.

Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.

Saya berani katakan janji Allah swt ini sangat benar kerana bukti di depan mata saya sendiri. Rezeki harta adik perempuan saya yang sangat mencintai kucing dan paling berlemah-lembut kepada kucing sangat luas dan melimpah ruah berbanding saya yang biasa-biasa saja.

Sebelum keluar keputusan SPM, adik saya sudah mendapat tawaran sambung belajar dengan biasiswa penuh. Sebelum keluar keputusan ijazah, adik saya sudah mendapat kerja di Petronas. Keputusan akademiknya sangat cemerlang, kerja sekarang bergaji besar.

Alhamdulillah sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Sudah memiliki berapa buah rumah? Tak perlu saya kongsikan, percayalah memang murah rezekinya. Saya dan mak selalu berkata, Ummu Hurairah yang sentiasa didoakan kucing kerana kasih sayangnya pada kucing.

Ya, boleh jadi kerana doa kucing hidup kita aman



Keistimewaan #8 – Sunnah Rasulullah saw & Sahabat

Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus melekat sehingga hari ini.

Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?

Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.

Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.

Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:

“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”



Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.

Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.

Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.

Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?


Best Song Ever .....





ARTIKEL INI DI TAJA OLEH

‘PRODUK TERHEBAT ABAD INI’
Must Look Before Comment !!




CERITA LANJUT





Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!

kisah terkini pelakon veteran roslan salleh






PETALING JAYA: Pelakon veteran Roslan Salleh menjalani kehidupan getir apabila terpaksa melakukan pekerjaan menjual kuih-muih dan pisang goreng di kampung halamannya di Alor Gajah, Melaka untuk menyara keluarga.

Roslan, 59, berkata, dia kehilangan punca pendapatan sebagai pelakon sejak jatuh sakit dan disahkan menghidap diabetes pada tahun 2014.

"Saya terlantar sakit dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama dua bulan akibat diabetes, tekanan darah rendah dan tibi.

"Selepas itu keadaan saya agak teruk dan tidak mampu untuk bangun, selepas keluar hospital saya menetap di Kuala Lumpur kira-kira lima bulan sahaja.

"Disebabkan keadaan kesihatan saya tidak pulih lagi serta perbelanjaan yang tinggi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah bapa mertua saya di Alor Gajah, Melaka," ujarnya





Roslan berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangannya selepas foto menjual pisang goreng di Melaka tersebar di laman sosial.

Tambah Roslan, biarpun keuntungan hanya RM10 hingga RM30 sehari, namun dia bersyukur sedikit sebanyak dapat membantu menambah perbelanjaan harian keluarganya.

"Pendapatan saya tidak banyak pun kalau dapat RM10 sehingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur.

"Saya kena kuat mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan, kalau saya tidak kuat siapa lagi yang nak tanggung keluarga," ujarnya yang kini mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Roslan yang baharu memulakan bisnes tersebut empat bulan lalu turut mengalami pengalaman pahit apabila dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan diberi notis tiga hari supaya berpindah oleh pemilik kedai.

Dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan dan yakin ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku.

"Pada mulanya saya tumpang meniaga di sebuah kedai tapi disebabkan saya ingin memohon lesen perniagaan kedai tersebut tidak mahu memberi kerjasama.

"Kedai itu memberi notis tiga hari kepada saya supaya mencari lokasi lain untuk berniaga, saya akui kawasan tersebut agak strategik dan ramai pelanggan tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki lama di situ," ujarnya.



Gambar terbaharu Roslan ketika diziarahi Timbalan Presiden Seniman Zack Kool




Dia kini berniaga di Medan Selera Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

Tambah Roslan, selain menjual pisang goreng dia juga mengambil upah bertukang secara kecil-kecilan di kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu, ditanya tentang gambarnya yang menjadi viral, Roslan berkata, dia tidak sedikit pun berasa malu malah menerima kritikan atau pandangan negatif netizen dengan perasaan terbuka.

"Saya tahu gambar saya tersebar di internet, saya ada baca ramai yang bagi sokongan untuk saya terus kuat.

"Namun ada juga yang komen negatif dan perli-perli mengaitkan dengan kehidupan artis, tapi saya senyum sahaja dan tidak terasa hati," ujarnya.

Kita Mohon semoga pelakon legenda ini dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH s.w.t dalam meniti meniti hari hari yang kian mendatang ...




Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY





JAM TAWAF NANO GOLD
( Scalar Energy Vital Ion )


- Revolusi Terhebat Dalam Dunia Perubatan Moden !!


Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ