. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: May 2018

facebook like pop up

Thursday 31 May 2018

Zidane umum letak jawatan jurulatih Real Madrid







Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai ketua jurulatih lima hari selepas meraikan kemenangan ke atas Liverpool di Kiev, seterusnya kelab itu merangkul kejuaraan Champions League untuk tiga tahun berturut-turut.

Zidane mengumumkan keputusannya dalam sidang akhbar bersama bersama presiden kelab itu, Florentino Pérez di Madrid pada pagi Khamis waktu tempatan, lapor media antarabangsa.

"Saya telah buat keputusan untuk tidak meneruskan (kontrak) ke musim berikutnya. Bagi saya dan untuk semua, saya fikir masa untuk perubahan telah sampai. Ia bukan keputusan yang mudah.

"Ini keputusan saya," pemenang Piala Dunia itu dipetik The Guardian sebagai berkata.



Real Madrid menduduki tangga ketiga dalam La Liga, ketinggalan 17 mata di belakang juara Barcelona dan kalah dalam suku akhir piala tempatan kepada Leganés.

Bagaimanapun, Pérez dipetik The Guardian sebagai berkata terkejut dengan keputusan Zidane itu.

"Ini suatu keputusan yang sangat tidak dijangka, Zidane beritahu saya keputusannya semalam. Saya berterima kasih atas segala usahanya selama ini," katanya.

Zidane menyertai kelab itu pada 2001 dari kelab Juventus.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Dari Seorang Yang Gagal & Hampir Tiada Apa Kini Jadi Orang Terkaya Di Asia







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Jack Ma atau Ma Yun (马云) (lahir 10 September 1964) ialah seorang usahawan Cina yang berasal dari Hangzhou, Zhejiang, China . Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, yang merupakan keluarga perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya. Beliau adalah pengusaha dari China pertama yang muncul di muka depan Forbes.

Hari ini, beliau orang yang paling kaya di China & Asia, dengan nilai asset USD20 Bilion. IPO Alibaba merupakan IPO terbesar di dunia, dibuka di New York Stock Exchange (NYSE)mengatasi saham IPO Facebook milik Mark Zuckerberg. Platform Alibaba digunakan oleh lebih seratus juta orang setiap hari.

Bagaimanakah kehidupan Jack Ma sebelum dia menjadi kaya ??

1. Hidup susah. Lahir dalam zaman komunis dan keluarga miskin. Takde duit atau network. Orang tuanya bekerja sebagai pemuzik tradisional selain bergantung dengan bantuan pencen RM150 sebulan.

2. Sanggup kerja tanpa gaji untuk belajar ilmu. Sebab beliau nak belajar bahasa English waktu remaja, beliau sanggup bangun jam 5 pagi, duduk depan hotel untuk beri tour percuma asalkan beliau dapat belajar bahasa English.

3. Tak pandai belajar. Gagal 2 kali dalam peperiksaan nak masuk kolej, hanya lulus selepas percubaan ke-3 untuk jadi guru.

Jack Ma pernah menjadi guru sekolah menengah dengan gaji RM36.00 – RM45.00 sebulan, berikutan latar belakang pendidikanya dari Universiti Perguruan Hangzhou dalam bidang Sarjanah Bahasa Inggeris.

4. Takde orang nak ambil bekerja. Beliau pergi banyak temuduga (lebih 30) selepas tamat pengajian, tapi kena reject banyak kali. Nak jadi polis, mereka cakap beliau tak layak.

Paling sedih bila KFC nak buka di China dan mereka buat temuduga walk-in/terbuka. 24 orang turun ke temuduga tersebut, 23 orang dapat kerja di KFC, kecuali Jack Ma. KFC pun tak mahu ambil beliau sebagai pekerja.

5. Gagal berniaga. Pernah gagal dalam dua kali perniagaan lain sebelum AliBaba.




6. Tiada pengalaman. Tanpa sebarang pengalaman atau pendidikan akdemik dalam bidang komputer dan perisian. Beliau buka syarikat AliBaba pada 1998, dan syarikat ini rugi selama 3 tahun tanpa sebarang keuntungan.

7. Tetap yakin diri. Beliau kemudian cipta program untuk proses bayaran bernama AliPay, dan banyak kawan dan pelanggan Jack yang komen : “Ini idea paling bangang dalam semua idea kau”.

Hari ini, Alipay ada 800 juta pengguna. Kalau beliau dengar pendapat klien atau rakan beliau, pasti dah berkubur program AliPay.

8. Fokus. Niat beliau membuka Alibaba adalah untuk membantu & membolehkan peniaga SME di China menjual barangan mereka di platform global. Sehingga hari ini fokus beliau masih sama.



Kini Alibaba adalah sebuah syarikat global dengan 22,000 pekerja dan 90 pejabat. Laman yang popular, Taobao dan Tmall.com, mewakili 80% daripada jualan runcit dalam talian China, dan menerima lebih daripada 100 juta pelawat sehari. Kumpulan dan sekutunya mengendalikan perniagaan e-pembayaran, dana pelaburan dalam talian, pengkomputeran mega dan perkhidmatan mudah alih. Mengingati kembali betapa sukarnya untuk mendapatkan pembiayaan untuk perniagaan terjemahannya, Ma memulakan perkhidmatan pinjaman untuk membantu usahawan. Alibaba juga masuk ke hiburan dan sukan, memperoleh syarikat-syarikat media dan pasukan bola sepak di pra-IPO membeli-belah.

Ma meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2013, dan kini meneruskan usaha dermawan. Tetapi dia masih ketua strategik di Alibaba, dan wajah awam syarikat. Dia, oleh semua akaun, masih terlibat dalam membuat keputusan pengurusan. (Sumber adalah dari CNN Money)




Jack Ma Alibaba Jutawan Yang Sangat Berjaya


Jack Ma memberi inspirasi kepada pengusaha perdagangan berasaskan internet. Ini menjadikan beliau seorang contoh yang berjaya dalam bidang tersebut. Tiada apa yang mustahil. Hanya memulakan sedikit pelaburan, akhirnya menjadi gergasi dalam dunia perniagaan. Dengan adanya internet, dunia bergerak pantas dan yang lemah dan lembab akan tewas.

Jack Ma hanya merialisasikan satu idea yang mudah yang asalnya daripada penyelesaian masalah yang wujud dalam e-dagang. Cetusan tersebut diiringi ketekunan dan usaha yang jitu untuk menjadikan empayarnya lebih luas.



Jack Ma Untold Video Story ..... Must Watch !!





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Wednesday 30 May 2018

Intipati Sidang Media selepas Mesyuarat Kabinet kali kedua oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad







#1News Terkini : Intipati Sidang Media selepas Mesyuarat Kabinet kali kedua oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. (30/05/2018)

1. Saguhati Aidilfitri kepada penjawat awam Gred DG41 dan ke bawah ialah RM400 serta bagi pesara RM200.

2. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan mulai 1 September 2018.

3. Laluan MRT3 tidak diteruskan.

4. Harga diesel dan RON95 dikekalkan, RON97 diapung ikut pasaran.

5. BR1M digantikan dengan bantuan sara hidup kepada rakyat dan dibayar pada 6 Jun.

6. Diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuhraya dua hari sebelum Aidilfitri.

7. Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.

8. Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.

9. Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk terima bantuan rakyat membayar hutang negara. Derma daripada orang ramai ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

10. Biro Tata Negara (BTN) sedang dikaji.

11. Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya akan dilaksanakan.

12. Kedudukan kewangan Malaysia perlu diurus berhati-hati untuk kurangkan kos pentadbiran Negara.

13. Sayangi Malaysiaku – Tema Hari Kebangsaan.

14. Program PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan.

15. Projek ECRL belum batal, masih dalam kajian.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Kementerian sahkan RTM siar Piala Dunia 2018







Lagi khabar gembira daripada kerajaan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengesahkan kejohanan Piala Dunia 2018 akan disiarkan di saluran RTM1.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata kabinet setuju dengan cadangan itu selepad dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

Katanya lagi, Kementerian Kewangan akan memperincikan kos penyiaran itu dalam sidang media esok.

[Berita penuh menyusul]



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Tuesday 29 May 2018

Projek ECRL tidak munasabah, membebankan rakyat - Prof Jomo





Apa perlu kereta api laju angkut kargo, soal Jomo



Pakar ekonomi terkemuka itu mempersoalkan siapa yang akan menjadi pengguna harian kereta api dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur ??

ECRL adalah satu projek yang tidak berdaya maju untuk pertumbuhan ekonomi. Ia Bukannya pelaburan tetapi adalah pinjaman dari bank China

“Jadi ia untuk siapa? Adakah orang akan datang kerja dari Kuantan dan Kelantan ke Kuala Lumpur setiap hari? Tidak masuk akal, ia adalah keterlaluan”

Jomo berkata muatan kargo tidak perlu diangkut menggunakan kereta api kelajuan tinggi, sambil mempersoalkan sama ada ia dapat menarik penumpang setiap hari.

Menurut Jomo, justifikasi membangunkan ECRL adalah bagi menampung hampir 60 juta tan muatan setiap tahun menjelang 2035.

“Ini sesuatu yang luar biasa memandangkan KTM hanya membawa kira-kira enam juta tan setahun dalam keseluruhan rangkaiannya di seluruh negara,” katanya.



KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dilihat sebagai satu projek yang tidak munasabah.

Menurut pakar ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, Malaysia akan menanggung segala risiko dalam menyelesaikan hutang terbabit bersama faedah dalam tempoh dua dekad.

Malah, Prof Jomo turut mempersoalkan mengapa sistem landasan kereta api sedia ada tidak boleh dipakai.

Pada masa sama, beliau meragui jika jumlah penumpang dan muatan mencukupi bagi menyokong pembinaan laluan rel berkelajuan tinggi itu. "Kita hanya perlu mempercepatkannya, bukan membangunkan kereta api laju atau kereta api bullet.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan antara penyokong kuat projek sepanjang 690km itu yang merupakan salah satu daripada memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Malaysia dengan China.

Ia diumumkan Najib pada Bajet 2017 yang dibentangkan tahun lalu, melibatkan syarikat gergasi China, China Communications Construction Co (CCCC) dengan pinjaman dibiayai Export-Import Bank of China (Exim).

Sebelum ini, memetik laporan Malaysiakini, projek ECRL ini dilapor menelan belanja lebih RM60 bilion di mana RM55 bilion daripadanya akan dipinjamkan oleh bank dari China dengan kadar bunga rendah.

Kata Jomo, pinjaman yang dibuat Malaysia daripada Export-Import Bank of China (Exim Bank) akan digunakan untuk membayar China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor utama ECRL.

“Pembayar cukai Malaysia sudah pasti akan menjadi penjamin bagi pinjaman itu,” katanya lagi. "Jika lonjakan besar dalam jumlah kargo yang diunjurkan tidak menjadi kenyataan, projek itu akan kerugian besar, bermaksud pembayar cukai untuk generasi seterusnya perlu membayar hutang projek ECRL,” jelasnya.

Prof Jomo ialah ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang berfungsi menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan.

Ahli majlis yang lain terdiri daripada bekas menteri kewangan dan ahli perniagaan Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Monday 28 May 2018

Siapa Pak Cik Ni ??







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Bagi yang tak kenal beliau..

UNCLE ni pi mana-mana naik LRT je. Bawa beg macam budak kolej. Pakai pun jam Casio murah.

Uncle ni mak dia Cina, bapa dia India (Cindian) sebab tu muka macam Melayu.

Uncle ni dah lama peluk Islam.

Nak bagitahu satu benda je, Uncle ni walau nampak sempoi, tetapi adalah bekas pelajar Maktab Tentera Diraja yang ada Ijazah PhD dari university terbaik di US - University Harvard.

Uncle ni juga adalah Profesor Akademi British, Felo Pelawat di Cambridge (1987-1988, 1991-1992), Fulbright Profesor Pelawat di Universiti Cornell (1993) dan Felo Pelawat Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Asia, Universiti Nasional Singapura (2004).

Pada Januari 2005, Uncle ini adalah Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, dan (Kehormat) Penyelaras Penyelidikan bagi Kumpulan G24 Antara Kerajaan mengenai Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa sejak Disember 2006.

Tiga tahun lepas Uncle ni bertugas sebagai Penolong Ketua Pengarah dan Penyelaras Pembangunan Ekonomi dan Sosial di PBB.

Dan sekarang Uncle ni dah jadi salah seorang ahli penasihat kerajaan Malaysia.

Nama uncle ni unik sikit, Jomo Kwame Sundaram. Lebih dikenali sebagai Prof Dr Jomo KS.


Prof Dr Jomo KS

Saja nak bagitahu, kot-kotla terserempak dengan 'uncle' nih kat LRT.
Jangan cakap abam tak bagitahu lak.

Dengar citer dr ni terkenal dgn sifat garang & tegasnya ketika mengajar ...
Kalau tak percaya silalah tanya anak anak muridnya ...

Sumber : Syahril A. Kadir



Berikut sedikit biodata mengenai diri beliau :



1. Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1952, Jomo dinamakan sempena dua pemimpin anti-penjajah Afrika


Jomo Kenyatta (kiri) dan Kwame Nkrumah (kanan).

Ibu bapanya telah mendapat ilham dari nama Jomo Kenyatta yang merupakan Presiden Kenya pertama dan Kwame Nkrumah yang merupakan Presiden Ghana pertama. Pada awalnya, Jomo menghabiskan masa beliau di kampung halamannya di mana beliau menghadiri Penang Free School sebelum berpindah ke Royal Military College pada umur 15 tahun.

2. Jomo merupakan alumni di dua buah Universiti Ivy League



Jomo kemudiannya menghadiri Yale College (1970-1973) dengan biasiswa penuh. Setelah lulus dalam bidang ekonomi, Jomo ke Sekolah Kennedy di Harvard untuk mendapatkan MPA pada tahun 1974.

Jomo kembali ke Harvard pada tahun 1977 untuk menghabiskan ijazah kedoktoran semasa mengajar di Yale.

3. Beliau menghabiskan masanya selama bertahun-tahun untuk berkongsi pengetahuan dalam bilik darjah



Beliau kembali ke Malaysia untuk penyelidikan tesis kedoktorannya pada tahun 1976 sebelum menyertai fakulti ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada awal tahun 1977. Pada pertengahan tahun 1982, Jomo berpindah ke Universiti Malaya, di mana beliau tinggal di sana hingga tahun 2004.

Beliau adalah Profesor Akademi British dan kemudian Felo Pelawat di Cambridge (1987-1988, 1991-1992), Fulbright Profesor Pelawat di Universiti Cornell (1993) dan Felo Pelawat Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Asia, Universiti Nasional Singapura (2004).



4. Jomo berkhidmat di Jabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama satu dekad
dalam pelbagai peranan



Pada Januari 2005, Jomo menjadi Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, dan (Kehormat) Penyelaras Penyelidikan bagi Kumpulan G24 Antara Kerajaan mengenai Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa sejak Disember 2006.

Bersama-sama dengan Bank of International Settlements, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan G24 di bawah kepimpinan beliau telah diakui sebagai organisasi antarabangsa yang memberi amaran akan berlaku krisis 2007-2009.

Beliau juga merupakan Penolong Ketua Pengarah dan Penyelaras Pembangunan Ekonomi dan Sosial di Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB bermula tahun 2012 hingga 2015.



Melalui perkhidmatannya dengan PBB, Jomo berjaya membina satu konsensus antarabangsa untuk memastikan dasar ekonomi dan sosial yang saling melengkapi untuk pembangunan lestari, insentif pelaburan yang sesuai, penjanaan pekerjaan, dan pemulihan ekonomi yang kukuh.

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !!



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Pencuri Bijak - Kisah Pegawai Bank Curi Satu Sen Sehingga Jadi Jutawan







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Tak pernah pula terfikir untuk nak curi duit satu sen sebab kalau curi pun apa yang boleh dapat, betul tak? Daripada curi satu sen baik lah curi RM100 terus boleh lah beli kasut baru ke.

Tapi, pernah tak korang terfikir dengan mencuri duit satu sen ni boleh jadi jutawan? Ini adalah satu kisah benar yang terjadi pada tahun 1990 yang mengisahkan seorang pegawai bank yang bergaji biasa je menjadi kaya raya hanya dengan mencuri duit satu sen sahaja.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Kisahnya bermula di mana seorang lelaki bernama Aman Shah Ahmad yang berusia 24 tahun pada ketika itu bekerja sebagai pegawai bank di Hock Hua Bank Jalan Raja Laut, KL dengan pendapatan sebanyak RM1,800 sebulan. Pada awalnya dia bekerja seperti biasa dan semuanya berubah apabila pihak bank menghantarnya mengikuti kursus komputer. Dari situ lah dia mula belajar selok-belok perbankan menggunakan komputer. Geliganya pemikiran dia sampaikan Bank Negara Malaysia sendiri pun tertipu dengan helahnya.

Dia telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti (SPEED) di bank berkenanan dan melakukan transaksi palsu dengan memindahkan satu sen dari setiap akaun pelanggan ke akaunnya sendiri. Semuanya dilakukan dengan mereka satu program palsu tanpa diketahui oleh pihak Bank Negara sendiri. Hebatnya!

Satu sen mungkin nampak kecil tapi cuba korang jumlahkan dengan beberapa ribu akaun untuk setiap hari selama beberapa tahun. Dia berjaya songlap sampai RM4.01 juta okay! Dengan satu sen boleh jadi RM4 juta, memang betul lah bak kata orang ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.’

Guna duit songlap untuk kumpul kereta mewah

Pandai betul pegawai bank ni gunakan duit curi dia tu. Dia telah berhenti bekerja di Hock Hua Bank tanpa disedari oleh pihak bank sindiketnya itu dan membuka syarikat sendiri iaitu Agensi Pengiklanan Bistro di KL. Dia juga turut membeli 6 biji kereta import yang amat mahal sekali. Tak pelik ke seorang pegawai bank dengan pendapatan RM1,800 sebulan boleh beli kereta mewah?

Berikut adalah senarai kereta-kereta mewah yang dimilikinya:

1) Lamborghini Countach

2) Mercedes Benz 300SL

3) Mercedes Benz 300E

4) Porsche 928 S4

5) Porsche Carrer

6) BMW 329i

Beraninya dia siap pamerkan kereta-kereta mewah tersebut di pusat pameran dekat Plaza Bukit Bintang dan yang paling hebat bila dia muncul dalam program bual bicara di TV3 menngenai minatnya pada kereta mewah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

Alangkah terperanjatnya apabila bekas majikannya di bank menonton rancangan tersebut dan berfikir bagaimana pekerja dengan gaji RM1,800 dapat membeli kereta mewah. Dia kemudiannya meminta jabatan audit menjalankan audit terhadap kesemua transaksi di bawah nama dia dan memang benarlah dia songlap duit pelanggan! Sesudah kumpul kesemua bukti kukuh, mereka membuat laporan polis dan Aman Shah ditangkap di kondominium mewah miliknya di Bangsar.





Tak ada siapa sangka dengan hanya mencuri sebanyak satu sen sahaja boleh membuatkan seseorang itu jadi jutawan. Kalau sekarang cuba nak mencuri mesti dah kena tangkap dengan Bank Negara, sebab sistem makin canggih dan keselamatan makin tip top!

SumberMoshed.com/Maukerja.my

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Sunday 27 May 2018

Tembelang 1MDB Makin Terdedah !!







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Berikutan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam bahawa kerajaan telah menyelamatkan pembayaran hutang 1MDB dengan jumlah hampir RM7 bilion sejak April 2017, CEO syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy telah dipanggil untuk menjelaskan beberapa perkara kepada Kementerian Kewangan.

Arul Kanda yang ketika musim kempen PRU14 lalu pusing seluruh negara menceritakan kekukuhan 1MDB, tetapi di hadapan Guan Eng beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang kedudukan kewangan syarikat tersebut. Arul Kanda juga menyatakan tidak pasti berkaitan dana pelaburan berjumlah RM9.8 bilion milik 1MDB yang disimpan dalam Brazen Sky Ltd atau sama ada ia benar-benar wujud atau tidak.

Sehubungan itu, Guan Eng melabelkan Arul Kanda sebagai tidak jujur dan tidak boleh dipercayai. Beliau juga kemudian mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan agar menyemak semula kedudukan Arul Kanda dalam 1MDB, selain mengambil alih pejabat syarikat itu.

Yang lebih mengejutkan, Guan Eng turut mendedahkan bahawa hanya Arul Kanda satu-satunya pekerja 1MDB sejak awal tahun ini.

Dalam pada itu, seorang ahli lembaga pengarah 1MDB, Kamal Mohd Ali dalam pengakuannya kepada Guan Eng mengatakan pelaburan unit dana bernilai RM9.8 bilion yang disimpan oleh anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd adalah suatu bentuk penipuan.
"Kamal menggelarkan pelaburan itu suatu penipuan kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan kepada lembaga pengarah dengan sebarang bukti mengenai kewujudan pelaburan itu sejak lebih dua tahun lalu," tambah Guan Eng lagi.

Hakikat itu lebih terserlah apabila Arul Kanda sendiri yang sebelum berulang kali mengatakan pelaburan itu wujud, kini sudah berubah nada dengan berkata tidak pasti mengenainya.

Berkait perkembangan yang sama, Guan Eng juga memaklumkan mengenai pengesahan bertulis oleh bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir kepada Kementerian Kewangan pada Mac lalu bahawa syarikat itu tidak mampu membayar hutang faedahnya yang mesti dilunaskan sebelum akhir April dan Mei 2018. Sehubungan itu, bagi hutang faedah 1MDB berjumlah RM143 juta yang mesti dibayar pada minggu depan, Guan Eng mengambil keputusan enggan menandatangani dokumen kebenaran agar Kementerian Kewangan melangsaikannya.

"Saya terkejut bila mendapati dokumen pertama yang harus saya tandatangani ialah untuk membayar hutang 1MDB. "Saya enggan tandatanganinya kecuali saya lihat kesemua dokumen yang relevan terlebih dahulu," kata Guan Eng lagi. Bagi maksud tersebut, Guan Eng mengarahkan Arul Kanda menjawab secara bertulis kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu sama ada 1MDB mampu membayar hutang RM143 juta itu atau sebaliknya.

Agak-agak apakah jawapan bertulis Arul Kanda nanti?

Bayangkan, baru dua hari Guan Eng memasuki pejabatnya sebagai Menteri Kewangan, beliau sudah mendedahkan banyak "kong kali kong" atau tembelang 1MDB yang selama ini tertutup rapi.

Segala-galanya tidak lain ialah kerana Najib Razak yang ada kepentingan dalam penubuhan 1MDB adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam waktu yang sama.

Selepas ini, pasti lebih banyak pembongkaran yang lebih mengejutkan lagi akan menjadi tatapan kita semua. Sejujurnya, kita harus bersyukur kepada Tuhan atas keberanian rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.

Jika BN masih kekal berkuasa, semua tembelang itu akan terus tertutup rapi dan kita sebagai rakyat serta pembayar cukai akan ditipu sepanjang hayat dengan pelakon utamanya ialah Najib sendiri. (ShahbudinHusin 24/05/2018).



Saksikan Hujah Debat Oleh YB Tony Pua Tentang 1MDB Di Persidangan Parlimen Terbaru
Malaysia Membuatkan YB BN Terdiam .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Masa Semakin Suntuk Untuk Jho Low





Tekanan memuncak selepas menteri kewangan mengarahkan LHDN menyiasat ahli perniagaan itu dan keluarga.


Kerajaan mengarahkan LHDN menyiasat Jho Low dan keluarga.
(Gambar Bloomberg)




KUALA LUMPUR: Jho Low, ahli perniagaan di tengah-tengah skandal mega 1MDB, mungkin mendapati hari-harinya berpesta dengan selebriti dan membeli hartanah dan karya seni bakal berakhir apabila kerajaan baru berjanji menyeret beliau ke muka pengadilan.

Low, yang disyaki menjadi watak utama dalam kes penipuan terbesar di dunia, bersama dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan kroni, peniaga berbadan gempal dan berkaca mata itu menjadi tumpuan kemarahan orang ramai dalam kontroversi tersebut.

Beliau mempamerkan gaya hidup mewah selepas didakwa mencuri wang daripada 1MDB. Beliau bersantai dengan selebriti seperti Leonardo DiCaprio, berparti dengan Paris Hilton dan dilaporkan membelanjakan wang yang banyak di kelab malam terkenal di New York.

Sewaktu penyiasatan mengenai kontroversi itu bertambah rancak, perhatian rakyat tertumpu kepada sebuah kapal layar mewah yang dikatakan dibeli menggunakan wang curi dan belayar mengelilingi Asia sehinggalah ia ditahan di Bali, Indonesia, dalam siasatan berkaitan 1MDB.

Wall Street Journal melaporkan, awal bulan ini Jho Low berada di pulau peranginan Phuket, Thailand menunggu keputusan pilihan raya umum ke-14. Lokasi beliau kini tidak diketahui.

Tetapi masa tidak lagi berpihak kepada ahli perniagaan berusia 36 tahun itu selepas parti pimpinan Najib mengalami kekalahan mengejut pada 9 Mei, sebahagian besarnya kerana rasa marah orang ramai terhadap 1MDB.

Kerajaan baru pimpinan bekas mentor Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuka semula penyiasatan ke atas penipuan yang berlaku dan mahu membawa balik Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, ke Malaysia.

Abdul Razak Idris, bekas pegawai kanan agensi anti-rasuah yang memulakan penyiasatan ke atas skandal itu sehingga ia dihentikan oleh Najib, percaya Jho Low perancang utama.

“Dia mesti ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia supaya kita boleh membawa balik wang yang disimpan di luar negara,” katanya kepada AFP.

Low, yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam 1MDB tetapi dipercayai mempunyai pengaruh besar ke atas syarikat milik kerajaan tersebut, baru-baru ini menafikan semua dakwaan salah laku. Beliau tidak dapat dihubungi untuk artikel ini.

Seperti telur di hujung tanduk

Jumaat lepas, sebagai langkah pertama untuk memberi tekanan kepada Jho Low, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri menyiasat Low dan keluarga, yang kebanyakannya berada di Malaysia, berhubung kes 1MDB.

Media sosial menyambut prospek individu yang didakwa menjarah wang kerajaan itu kini diburu.

“Jho Low kunci bencana 1MDB ini,” tulis satu laman Facebook. “Menangkapnya samalah dengan memiliki cincin yang menguasai semua yang lain.”

Kedudukan terdesak Low sekarang berlawanan sama sekali dengan imej yang dipamerkan beliau sebelum ni, iaitu sebagai pengurus kewangan yang bergaya dan mempunyai hubungan perniagaan hebat.

Low mendapat pendidikan di Harrow, sebuah sekolah elit British, dan semasa di situ beliau berkenal rapat dengan Riza Aziz, anak tiri Najib, persahabatan yang membantunya mendekati keluarga pemimpin itu.

Beliau kemudian belajar di Amerika Syarikat dan berpindah ke New York, dan laporan tentang kehidupan mewahnya menjadi semakin banyak.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memulakan saman bagi merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang curian daripada 1MDB di negara itu. DoJ mendakwa sebanyak AS$400 juta daripada dana tu dibawa masuk ke AS “untuk tujuan peribadi Jho Low dan sekutu.”

Namun ini hanyalah sebahagian daripada penipuan itu. DoJ mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion dicuri daripada 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 dan dipantau oleh Najib. Beliau dan 1MDB menafikan dakwaan salah laku.

Selain kapal layar mewah, Low juga didakwa menggunakan wang curian tersebut untuk membeli lukisan oleh Monet dan Van Gogh, hartanah mewah dan memberi hadiah kepada selebriti termasuk DiCaprio dan model Australia, Miranda Kerr.

DiCaprio dan Miranda dilapor menyerahkan hadiah tersebut kepada pihak berkuasa AS dan tidak dituduh melakukan apa-apa kesalahan.

Dalam temu bual dengan akhbar The Star pada 2010, Low mengadu kerana digambarkan sebagai individu yang menjalani “gaya hidup yang berlebih-lebihan”.

Kata beliau, “akhirnya, saya rakyat Malaysia. Saya bukanlah orang yang akan melupakan negara saya dan saya fikir banyak boleh kita lakukan untuk Malaysia.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Bukti Najib Tak Takut Undang-Undang






A Kadir Jasin




SHAH ALAM - Penemuan pelbagai barangan mewah di kediaman milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan beliau tidak takut pada undang-undang.

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin berkata, adalah mustahil bagi sesiapa mempercayai bahawa wang tunai, jongkong emas, permata berlian, jam tangan mewah dan beg tangan mahal yang ditemui itu adalah kekayaan turun temurun Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kalau dia takutkan undang-undang dan pembalasan, dia tentulah tidak menyimpan begitu banyak kekayaan peribadinya di tempat-tempat yang boleh dijumpai. Tetapi itulah yang berlaku,” katanya dalam tulisan di blognya, hari ini.

Menurut A Kadir, penemuan itu juga menunjukkan bahawa Najib terlampau percaya dengan pengikutnya bahawa BN akan menang dalam PRU14 sehingga beliau tidak membuat persediaan untuk menyelamatkan dirinya.

“Mereka (penyokong) inilah yang memesong dan meyakinkan Najib yang dia tidak perlu berbuat apa-apa kerana BN akan memang besar.

“Kita ucapkan terima kasih kepada mereka kerana atas maklumat palsu itulah Najib terus menyimpan harta karun yang luar biasa banyaknya itu di dalam negara,” katanya.

Katanya lagi, apa yang akan terjadi kepada Najib seterusnya sudah boleh diagak apabila beliau dipanggil untuk ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa ini berkaitan isu SRC International Sdn Bhd.

“Syarikat milik Kementerian Kewangan ini pinjam RM4.4 bilion duit pencen kakitangan awam daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kononnya untuk melombong arang batu di Mongolia.

“Kemungkinan Najib akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima atau menggunakan duit SRC untuk tujuan peribadi. Jumlah duit SRC yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dianggarkan antara RM40 juta hingga RM70 juta,” katanya.

Menurut beliau, adalah amat penting kerajaan baru memulakan proses membawa balik harta curi 1MDB dengan meminta bantuan negara lain yang turut menyiasat skandal berkenaan.

“Harap-harap dengan tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM itu, saga SRC dan 1MDB dapat ditamatkan, yang bersalah dihukum dan harta yang dicuri itu diperoleh semula,” katanya.

Awal pagi semalam, sebanyak 284 kotak berisi tas tangan berjenama mewah antaranya Hermes, Birkin dan Louis Vuitton diambil oleh pihak polis dalam pemeriksaan di kondominium mewah di Pavilion Residence.

Polis juga mengambil beberapa barangan di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan juga di Pejabat Perdana Menteri.

Kesemua barangan termasuk dokumen yang diambil adalah bertujuan menyiasat kes 1MDB.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Najib perlu jelaskan mana pergi RM33 bilion dana 1MDB ??









Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB.

"Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia?

"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk 'bail out' 1MDB.



Saksikan Hujah Debat Oleh YB Tony Pua Tentang 1MDB Di Persidangan Parlimen Terbaru
Malaysia Membuatkan YB BN Terdiam .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ