. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Ramalan Nostradamus : Gangnam Style Picu Kiamat?

facebook like pop up

Wednesday 19 December 2012

Ramalan Nostradamus : Gangnam Style Picu Kiamat?






Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?

Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Beberapa ramalan Nostradamus yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion.

“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.

Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus.

Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti?

Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah



ARTIKEL INI DI TAJA OLEH



BIO PURE K - SERIES
REVOLUSI TERHEBAT DALAM TEKNOLOGI PERNAPISAN AIR MINUMAN !!


Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!