. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: June 2018

facebook like pop up

Saturday 30 June 2018

Disebabkan 1MDB, UMNO Hilang Kuasa Dan Apakah Kerana 1MDB Juga UMNO Akan Di Haramkan ???







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Sebaik saja UMNO kalah pada pilihanraya 9 Mei lalu dan kemudian disusuli dengan perletakan jawatan Najib Razak, Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden kemudiannya cepat-cepat menetapkan tarikh mesyuarat cawangan dan bahagian bagi mengelak lebih banyak kesulitan.

Hari ini, 30 Jun adalah tarikh UMNO mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya bagi peringkat bahagian seluruh negara dan juga majlis tertinggi.

Daripada satu segi, tindakan segera mengadakan pemilihan itu mungkin boleh menyelamatkan UMNO daripada dibatalkan pendaftarannya.

Tetapi, itu juga belum pasti kerana kerajaan sudah pun bertukar dan jawatan Ketua Pengarah ROS serta Menteri Dalam Negeri juga ketika ini dipegang oleh individu lain.

Dulu Menteri Dalam Negeri adalah Zahid Hamidi, seorang pemimpin kanan UMNO dan Ketua Pengarah ROS juga diketahui sangat condong kepada UMNO.

Jika selepas ini, tindakan tertentu diambil terhadap UMNO kerana melanggar perlembagaannya sendiri, asas kepada perkara itu memang tidak boleh dinafikan dan UMNO harus menerimanya dengan redha kerana kesalahannya sangat nyata.

Namun demikian, belum pun dipastikan lagi sama ada tindakan akan diambil atau tidak terhadap UMNO berikutan perlanggaran perlembagaan tersebut, parti itu kini berdepan satu lagi masalah yang lebih besar.

Akaun bank UMNO Pusat, beberapa UMNO negeri bersama kira-kira 900 akaun bank yang lain, termasuk komponen BN, individu, NGO dan persatuan telah dibekukan oleh SPRM kerana dipercayai menerima wang haram yang bersumberkan 1MDB.

Tidak diketahui berapa jumlah wang 1MDB yang diterima oleh UMNO, tetapi ada laporan menyebut jumlahnya ialah kira-kira RM600 juta. Beberapa UMNO negeri dan pemimpin UMNO juga didedahkan turut menerima wang 1MDB daripada Najib.

Wang haram yang diterima oleh UMNO dan pelbagai pihak lain itu adalah dipercayai daripada ribuan juta dana 1MDB yang diselewengkan yang kira-kira RM2,600 juta daripadanya dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Penyiasat antarabangsa dan DOJ menganggarkan jumlah dana 1MDB yang dilencongkan dengan dalang utamanya Jho Low ialah kira-kira AS4.5 bilion atau kira-kira RM18,000 juta.

Dengan terlibat menerima wang haram, UMNO tidak syak lagi akan berdepan kemungkinan diharamkan kerana di seluruh dunia, termasuk Malaysia, undang-undang berkaitan dengannya sangat ketat dari segi hukumannya.

Tidak kira sama ada individu atau parti, mereka yang terlibat dengan wang haram mesti sedia menerima hukumannya.

Tidak pernah dalam sejarahnya selama ini, UMNO terlibat dengan aktiviti wang haram atau diragui sumbernya. Ia hanya berlaku di era Najib yang menubuhkan 1MDB dan keluarganya pula diketahui berkawan rapat dengan Jho Low.

Di zaman Najib UMNO hilang kuasa dan kerana perlakuannya berkaitan 1MDB jugalah yang memungkinkan parti itu menjadi sebuah parti yang haram selepas ini.

Maka, apalagi gelaran yang sesuai buat Najib untuk dikenang oleh anak cucu bangsa Melayu kalau bukan "Bapa Kehancuran UMNO"? (ShahbudinHusin 30/06/2018)



Saksikan Hujah Debat Oleh YB Tony Pua Tentang 1MDB Di Persidangan Parlimen Terbaru
Malaysia Membuatkan YB BN Terdiam .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Saturday 23 June 2018

Wira Jerman pada minit-minit terakhir - Sepakan Percuma Kroos Lengkapkan Kebangkitan Klasik Jerman







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Toni Kroos muncul wira Jerman apabila menjaringkan gol kemenangan ketika membantu pasukannya menewaskan Sweden 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia.

Juara dunia itu beraksi dengan tekanan selepas terdesak mencari tiga mata berharga ekoran kekalahan tipis 0-1 kepada Mexico pada 17 Jun lalu.

Jerman memulakan perlawanan ini dengan intensiti tinggi namun malangnya apabila berada dalam kotak penalti mereka tidak mampu menyudahkan peluang.

Skuad kendalian Joachim Low itu yang menguasai permainan terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Ola Toivonen pada minit ke-32. Gol tersebut terhasil daripada serangan balas yang sangat tajam. Sekali lagi unit tengah Jerman tiada perlindungan ke atas pertahanan akhir.



Jerman menguasai 76% penguasaan bola pada separuh masa pertama, namun sangat tumpul di kawasan serangan.

Namun tiga minit selepas babak kedua, Marco Reus yang dibawa masuk berjaya menyamakan kedudukan hasil hantaran Mario Gomez.



Muller kemudian hampir menambah gol menerusi tandukan. Werner sekali lagi mencipta peluang menerusi larian ke byline, namun percubaan Jonas Hector diselamatkan.

Reus sekali lagi mendapat peluang di hadapan gol namun ‘flick’ beliau sedikit tersasar.

Usaha Jerman memburu tiga mata kelihatan sukar kerana beraksi dengan hanya 10 pemain setelah Jerome Boateng dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-82.



Sweden hampir di hadapan namun Neuer menyentuh bola pada saat di mana Guidetti berpeluang menjaringkan gol.

Olsen menyelamatkan tandukan deras oleh Gomez yang menyambut hantaran Kroos. Pada masa kecederaan, Brandt melakukan percubaan deras yang terkena tiang.

Ketika permainan seakan-akan berkesudahan seri, Jerman mendapat sepakan percuma daripada sudut sukar berpunca daripada sepakan bola mati Marco Reus setelah Timo Werner dikasari oleh pemain Sweden, Jimmy Durmaz pada waktu kecederaan.Kroos dengan elegan menjaringkan gol kemenangan dan membolehkan Jerman menang 2-1.




Kemenangan itu membolehkan skuad Die Mannschaft menduduki tangga kedua berkongsi tiga mata dengan Sweden, manakala. Mexico di kedudukan teratas dan Korea Selatan di tangga tercorot tanpa sebarang mata.





Ia memang detik klasik bagi kebangkitan semula pasukan 'Die Mannschaft' untuk meneruskan cabaran dalam mengharungi baki satu lagi perlawanan menentang korea selatan minggu depan bagi melayakkan diri ke 16 pasukan terbaik piala dunia fifa 2018 di Rsusia.




Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Tuesday 19 June 2018

Sumpahan buat Jerman, aksi suram Neymar dan Messi







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


PIALA DUNIA 2018 | Masuk hari kelima Piala Dunia 2018, beberapa kejutan awal dapat disaksikan dalam peringkat kumpulan apabila pasukan-pasukan pilihan tewas atau sekadar seri.

Pada perlawananan pembukaan yang disaksikan Presiden Vladimir Putin, Rusia memberi isyarat awal untuk menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah sebaik mungkin setelah membenam Arab Saudi dengan kemenangan 5-0.

Pemain ganti Denis Cheryshev merebut peluang membuktikan kemampuannya apabila menyumbang dua gol untuk menjadikan perlawanan itu sebagai gol kedua tertinggi pernah dicetak tuan rumah dalam siri Piala Dunia. (1934, Itali 7-Amerika 1)

Rusia mendahului kumpulan A setelah Uruguay yang dilihat sebagai pasukan pilihan sekadar menang tipis ke atas Mesir 1-0.

Mesir bagaimanapun tidak menurunkan bintang Liverpool Mohamed Salah yang baru sembuh daripada kecederaan.





Namun, Rusia masih perlu mengatasi Mesir dan Uruguay, sementara Luis Suarez perlu membantu pasukannya menang dalam perlawanan dengan tuan rumah dan Arab Saudi untuk ke peringkat seterusnya.

Di kumpulan B, Iran mendahului carta hasil kemenangan ke atas Morocco. Dua pasukan gergasi kumpulan itu, Portugal dan Sepanyol sekadar mengutip satu mata dalam perlawanan yang berakhir seri 3-3.

Hatrik penyerang sensasi Cristiano Ronaldo merupakan aksi yang paling menarik di peringkat awal ini.

Peluang masih terbuka luas di kumpulan C bagi keempat-empat pasukan yang hanya berjarak satu gol.

Juara Piala Dunia 1998, Perancis sekadar menang 2-1 ke atas Australia melalui jaringan Antoinne Griezmann dan Paul Pogba.

Sementara Denmark mengutip tiga mata hasil menang tipis ke atas Peru 1-0 melalui sepakan penalti.





Misi Lionel Messi untuk membawa pasukannya menebus kekalahan peringkat akhir pada 2014 tidak begitu menunjukkan tanda awal yang baik di pasukan D.

Argentina seri 1-1 kepada Iceland yang turut menyaksikan bintang Barcelona itu gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Croatia mendahului peringkat kumpulan D setakat ini selepas menang 2-0 ke atas Nigeria.

Di kumpulan E, Brazil dilihat masih dibayangi rekod buruk perlawanan pembukaan ketika menjadi tuan rumah pada musim lalu selepas gagal menundukkan Switzerland.

Meskipun menjadi pasukan pertama layak pada musim ini, jaringan Philippe Coutinho untuk Brazil sekadar memberikan keputusan seri 1-1, dengan kritikan terhadap Neymar Jr mula mengisi ruangan forum bola sepak.

Serbia mendahului carta kumpulan itu selepas menang ke atas Costa Rica 1-0.





Demikian halnya di kumpulan F, aksi pembukaan Jerman menyaksikan penyandang Piala Dunia musim lalu itu tersungkur di tangan pasukan Mexico. Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh Hirving Luzano pada minit ke-35.

Mexico kini berkongsi tiga mata dengan Sweden yang berjaya menewaskan Korea Selatan.

Meskipun baru di peringkat permulaan, kekalahan pertama Jerman dalam perlawanan pembukaan sejak 1982 itu dilihat mengikuti 'sumpahan' kebanyakan juara bertahan yang tidak beraksi cemerlang di peringkat kumpulan.

Perancis dan Itali berada di posisi tercorot dalam kumpulan masing-masing pada Piala Dunia 2002 dan 2010, sementara Sepanyol gagal ke menjadi pasukan 16 teratas pada Piala Dunia 2014.

Brazil yang memenangi Piala Dunia 2004 satu-satunya pasukan yang merupakan penyandang kejuaraan melangkah ke suku akhir pada Piala Dunia 2006.

Di Kumpulan G, Belgium memulakan kempen Piala Dunia kali ini dengan menewaskan Panama 3-0.

Penampilan pertama pasukan itu menyaksikan dua jaringan penyerang Manchester United Romelu Lukaku, yang dibantu Eden Hazard dan Kevin De Bruyne.

Sementara Harry Kane menjadi wira England dalam menundukkan Tunisia 2-1.

Tandukan Kane ketika kedudukan terikat 1-1 pada masa kecederaan memastikan permulaan yang menggembirakan kepada penyokong The Three Lions.

Perlawanan kumpulan H akan berlangsung malam ini menyaksikan pasukan Jepun menentang Colombia dan Poland berdepan Senegal.




Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Friday 15 June 2018

Dr M: Dah Ada Bukti Cukup Untuk Dakwa Najib, Rosmah







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati keadaan sebenarnya lebih teruk daripada sangkaan mereka sebelum pilihan raya umum ke-14, kata Dr Mahathir Mohamad. stop

“Semakin dalam siasatan kita ke atas pentadbiran terdahulu, semakin banyak perkara buruk yang kita temui. Mana-mana organisasi yang mempunyai wang, kerajaan sebelum ini akan mencari cara untuk mengambil wang itu,” katanya kepada New York Times (NYT) di pejabatnya, Rabu lalu.

Perdana menteri berkata, kerajaan pimpinannya sudah mengumpul “bukti secukupnya” untuk mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 dan mengetuai PH dalam kemenangan mengejut pada 9 Mei lalu, mendapati keadaan kewangan Malaysia lebih teruk daripada sangkaan mereka.

Hutang negara di bawah pimpinan Najib yang berjumlah AS$170 bilion, dinilai semula bersama liabiliti kerajaan lain mencecah AS&250 bilion. Menurut laporan itu, itu ialah 80% daripada keluaran dalam negara kasar.

Tetapi, Dr Mahathir memberitahu NYT, masalah itu tidak terhad kepada 1MDB sahaja, tetapi merangkumi pelbagai inisiatif dibiayai kerajaan.

“Semua dirogol kerajaan terdahulu. Mereka ambil wang. Sekarang, mereka kehilangan wang.”

Laporan itu memetik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai berkata: “Mereka merompak negara buta-buta. Saya mengalami mimpi ngeri hampir setiap hari, tertanya-tanya periuk api apa yang akan saya pijak keesokannya”.

Lim mendakwa jika PH tidak menang, Malaysia “akan menjadi negara dilanda masalah ekonomi”.

Laporan itu menyatakan Dr Mahathir dikritik kerana “dorongan autoritariannya”, bermain politik perkauman, mengongkong media dan menangkap musuhnya selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri semula.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, bekas pengkritik menegaskan beliau sudah berubah sekarang dan memahami kuasa tanpa kawalan di tangan yang salah boleh memusnahkan negara.

Laporan itu memetik Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, James Chin dari Malaysia sebagai berkata: “Beliau kini lebih ‘lembut’ dan tidak seperti kali pertama memimpin negara, beliau kini sedar institusi bebas bukanlah perkara buruk. Sebelum ini, beliau hanya tumpu pemusatan kuasa di Jabatan Perdana Menteri”.

Lim yang pernah dipenjarakan 2 kali di bawah pemerintahan 22 tahun Dr Mahathir bersetuju: “Saya rasa ia adalahv versi 2.0 Dr Mahathir. Saya rasa ia amat berbeza daripada versi 1.0 yang kita nampak apabila beliau pertama kali menjadi perdana menteri. Beliau lebih reformis”.

Beliau menyifatkan Dr Mahathir sebagai “lelaki dengan satu misi, didorong keperluan untuk menyelesaikan tugas dalam masa paling singkat. Beliau bertindak dalam rentak “gila”.

NYT bagaimanapun menyatakan masalah Malaysia tidak bermula daripada Najib.

“Keadaan negara sekarang bukan hanya disebabkan salah tadbir Najib Razak, tetapi juga politik populis selama berdekad dan amalan separuh autoritarian,” kata Sophie Lemière, pakar Malaysia di Pusat Ash untuk Tadbir Urus Demokratik dan Inovasi Universiti Harvaed.

Tetapi, laporan itu berkata, Dr Mahathir enggan mengakui sebarang kegagalan sistematik dalam sistem politik Malaysia. Beliau menyalahkan “ketamakan terlampau” Najib untuk keadaan negara yang memalukan.

Laporan itu turut menyatakan Dr Mahathir menjauhkan diri daripada janjinya untuk menyerahkan kuasa dalam tempoh 2 tahun kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir berseloroh jangka masa itu dicadangkan hanya kerana ada orang yang berpendapat beliau akan nyanyuk pada usia 95 tahun.

Lim memberitahu NYT yang Dr Mahathir tidak pernah menyuarakan kekesalannya kerana memenjarakan beliau dan berkata: “Saya memaafkannya, tetapi tidak bermakna saya akan melupakannya. Saya rasa perkara paling penting ialah melihat ke depan”.

Ketika NYT menyatakan Dr Mahathir mempunyai peluang jarang untuk membentuk semula legasinya dan memadamkan reputasi orang kuat, Dr Mahathir menjawab: “Apabila anda mati, mereka akan menulis semula kisah anda. Jadi apabila saya tiada, mereka boleh kata apa mereka mahu”.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Najib "Bapa Kehancuran" UMNO, BN & Negara !!







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Selepas PBB mengumumkan keluar BN beberapa hari lalu, kini tiga lagi parti yang membentuk kerajaan negeri Sarawak - PRS, PDP dan SUPP - turut mengambil langkah yang sama.

Tindakan empat parti ini secara langsung menjadikan BN Sarawak terbubar dengan sendirinya dan BN Pusat tiada lagi cengkaman di negeri tersebut.

Walaupun empat parti berkenaan memutuskan untuk membentuk gabungan sendiri yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak atau GPS, tetapi mereka berjanji untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat pusat yang kini dipimpin Tun Mahathir Mohamad.

Dengan yang demikian, selepas Sabah ditakluk oleh Warisan pada pilihanraya 9 Mei lalu, Sarawak juga bukan lagi dibawah pentadbiran BN.

Di Sabah sebelum ini, tiga parti komponen BN iaitu PBS, PBRS dan UPKO lebih dulu mengumumkan keluar BN sebaik saja Pakatan Harapan berjaya mengambil alih Putrajaya.

Dalam erti kata lain, BN dengan sendirinya sudah kehilangan kerusi simpanan tetapnya yang selama ini dibanggakan di Sabah dan Sarawak.

Bersama empat parti Sarawak yang meninggalkan BN itu, mereka juga membawa keluar 19 kerusi Parlimen bersamanya.

Selain empat parti di Sarawak dan tiga parti di Sabah, myPPP di Semenanjung juga turut mengumumkan keluar BN.




Perkembangan terbaru ini secara tidak langsung menyebabkan BN jadi semakin mengecil dan dipinggirkan secara perlahan-lahan oleh komponennya sendiri.

Semuanya kerana mereka tidak sanggup lagi berada bersama BN yang sudah tiada kuasa di peringkat persekutuan.

Dalam BN kini hanya tinggal UMNO, MCA, MIC dan Gerakan saja. Itu pun belum dapat dipastikan berapa lama empat parti ini mampu bertahan untuk terus bersama dalam BN.

Ini sekaligus menjadikan BN sebenarnya semakin sukar untuk menghadapi Pakatan Harapan, apatah lagi untuk memungkinkannya kembali berkuasa dalam PRU15 yang dijangka pada 2023 nanti.

Tanpa sokongan Sabah dan Sarawak dan di Semenanjung pula berpecah-pecah, BN boleh dikata hampir tiada harapan langsung untuk mengalahkan Pakatan Harapan.

Dalam hal ini, Tengku Razaleigh Hamzah seharusnya hendaklah berfikir 1000 kali sebelum memutuskan mahu merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 30 Jun mendatang ini.

Dalam keadaan BN semakin sukar untuk menang, lebih baik Ku Li lupakan saja hasrat untuk menjadi Presiden UMNO kerana ia hanya membuang masa dan wangnya saja.

Malah jika BN kalah lebih teruk dalam PRU15 nanti, nama Ku Li akan lebih tercemar dan tercatat dengan buruk dalam sejarah negara.

Apa pun, apa yang berlaku kepada UMNO dan BN ini adalah kesalahan mutlak Najib Razak yang merupakan bekas Presiden UMNO paling buruk dengan deretan skandal yang menyebabkan rakyat membencinya serta menolak UMNO dan BN.

Di tangan Najib, bukan saja UMNO kehilangan kuasa buat pertama kali sejak penubuhannya, malah sedang menuju kubur kematiannya.

Jika bapanya, Tun Razak dikenang sebagai bapa pembangunan, anaknya Najib akan tertulis sebagai bapa kehancuran UMNO dan BN.

Ditangannyalah UMNO hilang kuasa, ditangannya jugalah BN menuju kematiannya dan kerana karenah kepimpinannyalah menyebabkan negara ini hampir rosak binasa.

Mujur Tun Mahathir yang sudah 15 tahun bersara sedia untuk kembali jadi penyelamat kepada negara ini.

Andai kata Najib tidak dikalahkan, sejarah negara akan datang mungkin menyaksikan wujudnya pembinaan sebuah muzium beg tangan mewah yang pertama di dunia. (ShahbudinHusin 12/06/2018).



Saksikan Hujah Debat Oleh YB Tony Pua Tentang 1MDB Di Persidangan Parlimen Terbaru
Malaysia Membuatkan YB BN Terdiam .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Wednesday 13 June 2018

Peguam cabar Zamihan dedah kelayakan sebagai ‘pakar keganasan’






Faizal Rahman berkata Zamihan Mat Zin memiliki pemikiran radikal
yang perlu di beri pemulihan dari sudut pemikiran dan akidah.

TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


PETALING JAYA: Peguam yang mewakili 5 waris tahanan Sosma, Faizal Rahman mempertikaikan kelayakan Zamihan Mat Zin yang bertindak sebagai pemulih tahanan terbabit.

Beliau juga mencabar Zamihan mendedahkan secara terperinci kelayakan akademik sehingga mendapat gelaran “pakar keganasan”.

“Anda bertindak sebagai kaunselor agama tetapi dalam masa yang sama anda juga bertindak sebagai saksi pakar di dalam perbicaraan Sosma.

“Saya mencabar anda mendedahkan secara terperinci kelayakan akademik hingga mendapat gelaran pakar keganasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Zamihan yang juga pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan mengeluarkan kenyataan lucah mengaitkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Ia susulan Faizal berkata siasatan segera perlu dilakukan terhadap Zamihan setelah 5 laporan polis mendakwanya mengeluarkan tuduhan tidak berasas.

Zamihan dikatakan bersedia bersemuka dengan peguam terbabit dan pemimpin yang dikaitkan dalam ucapannya itu.

Menurut Faizal, beliau juga mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan justifikasi bagi pelantikan Zamihan sebagai pakar keganasan.

“Andalah sebenarnya manusia yang memiliki pemikiran radikal yang perlu di beri pemulihan dari sudut pemikiran dan akidah. Kerana sifat anda amat bertentangan dengan seseorang yang pakar di dalam bidangnya.

“Seseorang yang mendakwa dirinya pakar akan begitu sensitif, amat berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya melabel orang lain sebagai pengganas,” katanya.

Tambahnya, Zamihan sewajarnya berhenti menggunakan istilah “Ahli Sunnah Wal Jamaah” dalam isu dan agenda peribadi yang dibawanya.

“Dalam hal ini, semua kes anak guam saya adalah terhadap anda, diri peribadi anda. Tidak ada kena mengena dengan Muslim lain atau fahaman mana-mana Muslim dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jangan ‘spin’ jauh sangat,” katanya.

November tahun lepas, bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Zamihan dengan alasan penceramah kontroversi itu aset penting dan pakar dalam memulihkan tahanan yang menyokong kegiatan militan IS.

“Ustaz Zamihan merupakan salah seorang pakar pemulihan ini. Mengikut rekod yang saya perolehi, kejayaan beliau untuk melakukan pemulihan akidah terhadap orang Islam yang lakukan keganasan atau melakukan keganasan berat ini cukup berjaya.

“Ertinya beliau adalah aset untuk memulihkan akidah, apatah lagi kembalikan kumpulan itu untuk ikut jalan yang benar dari segi agama,” katanya.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Tuesday 12 June 2018

1MDB: SPRM serah kertas siasatan, AG meterai MLA







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Jabatan Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan 1MDB daripada SPRM petang tadi, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Sehubungan itu, katanya, beliau juga telah membentuk dua pasukan untuk meneliti kertas siasatan berkenaan.

"Untuk melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya telah melantik satu pasukan untuk mengkaji kertas itu dengan tujuan untuk kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan satu lagi untuk mengkaji memulakan prosiding sivil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata anggota kedua-dua pasukan terdiri daripada timbalan pendakwa raya dan peguam kanan persekutuan berpengalaman yang akan melaporkan terus kepada beliau.

Namun katanya, Jabatan Peguam Negara memerlukan sedikit masa untuk mengkaji kertas siasatan tersebut tetapi menghargai tindakan segera dan sensitiviti tugasnya.

Selain itu, Thomas juga berkata beliau baru sahaja menandatangani permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan empat negara dan berharap mendapat bantuan dan menjalin kerjasama dengan mereka.

Negara berkenaan ialah Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"(Kami) berharap agar dapat mengambil tindakan lanjut serta menjalin kerjasama dengan pihak mereka," katanya lagi.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Thursday 7 June 2018

Australia hantar pulang Sirul dalam masa sebulan







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Putrajaya untuk mengekstradisi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar kembali ke Malaysia, lapor Guardian.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini menghubungi pihak berkuasa Australia memohon agar Sirul dibawa balik ke Malaysia, laporan tersebut memetik sumber di Putrajaya.

Rancangan itu diberi lampu hijau selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kosnya, menurut sumber itu.

Pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada rakan sejawatannya di Australia bahawa Sirul akan menerima pengadilan yang saksama apabila kembali.

Malaysiakini sedang cuba mengesahkan berita ini dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dipercayai Sirul, akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan. Sirul telah disabitkan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dari Mongolia.

Keputusan untuk kembali ke Malaysia menunjukkan kemungkinan kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula kes Altantuya.

Pada tahun 2015, Sirul dan rakannya Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan Altantuya pada tahun 2006.

Kedua-duanya ialah pengawal Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjawat timbalan perdana menteri.

Azilah kini sedang menunggu hukuman mati di penjara, tetapi Sirul melarikan diri ke Australia tiga tahun lalu untuk melepaskan diri daripada hukuman mati.

Kerajaan BN sebelum ini tidak memohon perintah ekstradisi terhadapnya, memetik undang-undang Australia yang tidak mengiktiraf hukuman mati.

Tuntutan membuka semula kes Altantuya muncul selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14.

Pada 19 Mei lalu, Sirul memberitahu Malaysiakini dia bersedia pulang ke rumah untuk membantu kes itu jika dirinya menerima pengampunan penuh.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Sirul dibawa balik ke Malaysia. Beliau juga menyeru diadakan perbicaraan baru "yang jelas telus".



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Najib Berpeluh Hadapi Tommy Thomas







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Syukur alhamdulillah akhirnya drama perlantikan Peguam Negara baru Tommy Thomas berakhir. Bekas Peguam Negara, Apandi Ali dipecat. Bye-bye Apandi. Dulu jadi calon UMNO kalah di Kelantan. Disintuklimau Najib jadi Peguam Negara kamu cuba lindungi penyamun kelas cakrawala. Tuah hilang, sial yang datang.

Najib boleh tempah bekas Peguam Negara US sebagai penyelamatnya menghadapi kes 1MDB. Dunia tunggu keputusannya. Tommy Thomas akan pastikan kamu dan para kroni kamu akan merengkuk berpuluh tahun dalam penjara bukan saja di Sg Buloh tetapi juga di US, Switzerland, Singapura dan Hong Kong entah di mana lagi. Mungkin kamu dan para kroni reput dalam penjara kelak.

Skandal 1MDB datuk nenek segala skandal beb. Siapa sangka anak Tun Razak, mantan Presiden UMNO, mantan PM, dipacu bininya super rakus, super boros, super gila kuasa, akhirnya menjilat bumi pada 9 Mei lalu. Mantra 'cash is king' rupa-rupanya tak berkesan untuk merasuah berjuta rakyat yang benci terhadapnya, bininya, anaktirinya dan kerajaan super korup BN pimpinannya. Dengan kuasa Allah Tun M berusia 92 tahun, yang dihina, dicerca, diugut, menjatuhkan pahlawan Bugis dalam pertarungan hidupmati politik masing-masing pada pru 14 lalu.

Seluruh rakyat cinta damai sembahyang hajat dan berdoa agar Tommy Thomas berjaya mengheret Najib dan kabilah koruptornya dalam skandal 1MDB dan SRC International ke penjara kelak. Mereka pengklhianat negara. Tak ada maaf bagi penjenayah seperti mereka. Rakyat terpaksa membayar hutang 1MDB berjumlah RM42 billion lebih akibat tindakan penyamun Bugis dan bininya serta Jho Low dan kabilah kroni mereka.

Janji kerajaan PH mesti ditunai. Tun M akan buktikan kepada masyarakat dunia Malaysia tidak melindungi para koruptor kelas super jerung dan naga. Welcome Tommy Thomas. Najib is shivering in his pants now.

*Yahaya Ismail*



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Kerajaan akan segera tangkap Jho Low - Muhyiddin







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


PUTRAJAYA: Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low akan ditangkap selepas semua maklumat mengenai isu dana yang diseleweng dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperoleh.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tegas juga akan diambil dari sudut undang-undang kanun jenayah atau rasuah kepada Jho Low dalam masa terdekat.

"Ada orang tanya saya kenapa tak tangkap Jho Low, dia kata kena tunggu dapat sedikit maklumat tepat. "Bagi saya sudah cukup maklumat, semua orang tahu bahawa beliau adalah antara penjenayah utama yang menyebabkan skandal 1MDB jadi di antara skandal terbesar dunia.

"Saya tidak mengatakan saya hendak mendahului peraturan undang-undang tetapi dalam kes-kes yang mana sudah jelas dan nyata, termasuk pihak yang terbabit yang dinamakan, maka tindakan yang tegas dari sudut undang-undang baik dari sudut undang-undang kanun jenayah atau undang-undang rasuah maka tindakan sewajarnya perlu diambil dengan berapa segeranya," katanya semasa berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Pada Selasa, Kementerian Kewangan menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.

Menteri Kewangan, Lim Guan berkata, skandal itu membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang mana sudah membayar 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun hanya 13 peratus kerja yang sudah siap dilakukan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kementeriannya kini meletakkan sasaran baru iaitu menjadikan Malaysia antara negara paling selamat di dunia.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ