. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Dr M: Dah Ada Bukti Cukup Untuk Dakwa Najib, Rosmah

facebook like pop up

Friday 15 June 2018

Dr M: Dah Ada Bukti Cukup Untuk Dakwa Najib, Rosmah







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati keadaan sebenarnya lebih teruk daripada sangkaan mereka sebelum pilihan raya umum ke-14, kata Dr Mahathir Mohamad. stop

“Semakin dalam siasatan kita ke atas pentadbiran terdahulu, semakin banyak perkara buruk yang kita temui. Mana-mana organisasi yang mempunyai wang, kerajaan sebelum ini akan mencari cara untuk mengambil wang itu,” katanya kepada New York Times (NYT) di pejabatnya, Rabu lalu.

Perdana menteri berkata, kerajaan pimpinannya sudah mengumpul “bukti secukupnya” untuk mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 dan mengetuai PH dalam kemenangan mengejut pada 9 Mei lalu, mendapati keadaan kewangan Malaysia lebih teruk daripada sangkaan mereka.

Hutang negara di bawah pimpinan Najib yang berjumlah AS$170 bilion, dinilai semula bersama liabiliti kerajaan lain mencecah AS&250 bilion. Menurut laporan itu, itu ialah 80% daripada keluaran dalam negara kasar.

Tetapi, Dr Mahathir memberitahu NYT, masalah itu tidak terhad kepada 1MDB sahaja, tetapi merangkumi pelbagai inisiatif dibiayai kerajaan.

“Semua dirogol kerajaan terdahulu. Mereka ambil wang. Sekarang, mereka kehilangan wang.”

Laporan itu memetik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai berkata: “Mereka merompak negara buta-buta. Saya mengalami mimpi ngeri hampir setiap hari, tertanya-tanya periuk api apa yang akan saya pijak keesokannya”.

Lim mendakwa jika PH tidak menang, Malaysia “akan menjadi negara dilanda masalah ekonomi”.

Laporan itu menyatakan Dr Mahathir dikritik kerana “dorongan autoritariannya”, bermain politik perkauman, mengongkong media dan menangkap musuhnya selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri semula.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, bekas pengkritik menegaskan beliau sudah berubah sekarang dan memahami kuasa tanpa kawalan di tangan yang salah boleh memusnahkan negara.

Laporan itu memetik Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, James Chin dari Malaysia sebagai berkata: “Beliau kini lebih ‘lembut’ dan tidak seperti kali pertama memimpin negara, beliau kini sedar institusi bebas bukanlah perkara buruk. Sebelum ini, beliau hanya tumpu pemusatan kuasa di Jabatan Perdana Menteri”.

Lim yang pernah dipenjarakan 2 kali di bawah pemerintahan 22 tahun Dr Mahathir bersetuju: “Saya rasa ia adalahv versi 2.0 Dr Mahathir. Saya rasa ia amat berbeza daripada versi 1.0 yang kita nampak apabila beliau pertama kali menjadi perdana menteri. Beliau lebih reformis”.

Beliau menyifatkan Dr Mahathir sebagai “lelaki dengan satu misi, didorong keperluan untuk menyelesaikan tugas dalam masa paling singkat. Beliau bertindak dalam rentak “gila”.

NYT bagaimanapun menyatakan masalah Malaysia tidak bermula daripada Najib.

“Keadaan negara sekarang bukan hanya disebabkan salah tadbir Najib Razak, tetapi juga politik populis selama berdekad dan amalan separuh autoritarian,” kata Sophie Lemière, pakar Malaysia di Pusat Ash untuk Tadbir Urus Demokratik dan Inovasi Universiti Harvaed.

Tetapi, laporan itu berkata, Dr Mahathir enggan mengakui sebarang kegagalan sistematik dalam sistem politik Malaysia. Beliau menyalahkan “ketamakan terlampau” Najib untuk keadaan negara yang memalukan.

Laporan itu turut menyatakan Dr Mahathir menjauhkan diri daripada janjinya untuk menyerahkan kuasa dalam tempoh 2 tahun kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir berseloroh jangka masa itu dicadangkan hanya kerana ada orang yang berpendapat beliau akan nyanyuk pada usia 95 tahun.

Lim memberitahu NYT yang Dr Mahathir tidak pernah menyuarakan kekesalannya kerana memenjarakan beliau dan berkata: “Saya memaafkannya, tetapi tidak bermakna saya akan melupakannya. Saya rasa perkara paling penting ialah melihat ke depan”.

Ketika NYT menyatakan Dr Mahathir mempunyai peluang jarang untuk membentuk semula legasinya dan memadamkan reputasi orang kuat, Dr Mahathir menjawab: “Apabila anda mati, mereka akan menulis semula kisah anda. Jadi apabila saya tiada, mereka boleh kata apa mereka mahu”.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ