. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Ingatan Yg Sdh Terlambat...Siapa Lebih Bnyak Menjarah Dana Kekayaan Negara ?

facebook like pop up

Friday 1 June 2018

Ingatan Yg Sdh Terlambat...Siapa Lebih Bnyak Menjarah Dana Kekayaan Negara ?





Berikutan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa yang menyaksikan rizab tunai Petronas meningkat sebanyak RM36.5 bilion kepada RM164.7 bilion berbanding RM128.2 bilion pada penghujung tahun 2017, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad diperingatkan agar tidak menjarah hasil minyak negara sekarang ini.

"Saya mohon kerajaan baru ini akan terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas untuk terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah dana Petronas atau bagi misi "bail-outs" sebagaimana dilakukan ketika pentadbiran 22 tahun Tun Mahathir dahulu.

"Walaupun harga minyak sekarang agak tinggi berbanding sebelumnya, kita perlu menjaga jika harga minyak jatuh lagi seperti kejatuhan sebanyak 80 peratus yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015 dahulu".

Siapakah yang memberi ingatan tersebut?



TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Tidak lain tidak bukan, yang memberi ingatan ini ialah Najib Razak, bekas Perdana Menteri yang baru saja kehilagan kuasa dan kini sedang disiasat oleh polis dan SPRM berkaitan penggubahan wang haram serta menerima rasuah daripada SRC International yang dulunya merupakan anak syarikat 1MDB.

Memang ingatan Najib itu baik, tetapi layakkah beliau memberi peringatan itu kepada Tun Mahathir?

Ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, pernahkah Najib mahu mendengar nasihat atau ingatan daripada Tun Mahathir yang sebelumnya pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun?

Maka, layakkah sekarang ini bekas Perdana Menteri selama 9 tahun yang tumbang ditolak rakyat kerana deretan skandal dan kemewahan keluarganya, mahu pula menasihati bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang kemudian berjaya muncul semula sebagai Perdana Menteri?

Adakah jika Najib mahu mendengar nasihat Tun Mahathir dahulu dan negara tidak berantakan dengan skandal demi skandal, ia akan menyebabkan Tun Mahathir sedia kembali aktif dalam politik untuk menyingkirkan anak Tun Razak itu?

Lagi pun, di sebalik Najib memberi ingatan agar Tun Mahathir tidak menjarah dana Petronas, siapakah sebenarnya yang lebih banyak menjarah wang negara dengan skandal 1MDB yang terbesar di dunia serta menyebabkan hutang negara meningkat kepada melebihi 1 trilion?

Jika ketika pentadbitan Tun Mahathir banyak hasil pembangunan yang dapat disaksikan seperti KLCC, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, lebuhraya dan macam-macam lagi yang bermanfaat besar sehingga hari ini, apakah yang membanggakan di era Najib selama 9 tahun selain kekayaan mendadak Jho Low, hutang negara melebihi 1 trilion dan koleksi beg tangan mewah, barang kemas dan intan permata yang menimbun-nimbun?

Sorry Najib....sepatutnya anda menasihati diri anda sendiri terlebih dahulu, terutama ketika sedang berkuasa sebelum ini dan bukannya "lupa diri" ketika kuasa berada dalam genggaman.

Setelah tumbang dan sekarang disiasat polis serta SPRM, malah mungkin akan didakwa tidak lama lagi, cuba berlagak baik dengan memberi peringatan atau nasihat kepada Tun Mahathir, ingatan anda ini bukan saja sudah terlewat, malah tidak bernilai apa-apa di sisi rakyat.

Penjarahan anda sendiri kepada hasil kekayaan negara sehingga bajet untuk Pejabat Perdana Menteri yang sentiasa melambung setiap tahun dengan pelbagai acara kemewahan dan jamuan makan super mewah, selain skandal demi hutang dan kesukaan menambah hutang negara, ia sebenarnya akan lebih menjadi ingatan bagi rakyat, malah oleh generasi demi generasi akan datang.

(ShahbudinHusin 01/06/2018)



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ