. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Menteri: RM7.4 Juta Perbelanjaan IKSIM Tak Dapat Dikesan

facebook like pop up

Monday 6 August 2018

Menteri: RM7.4 Juta Perbelanjaan IKSIM Tak Dapat Dikesan







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Audit dalaman terhadap Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) mendapati RM7.4 juta daripada RM7.6 juta jumlah peruntukan kepada badan itu tidak dapat dikesan perbelanjaannya, kata menteri agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata telah mengarahkan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjalankan audit bagi perbelanjaannya, termasuk peruntukan yang diberikan kepada institut itu.

"Daripada RM7.6 juta yang diberikan kepada mereka, RM7.4 juta tidak dimasukkan (unaccounted). Kami tak dapat bukti ke mana ia dibelanjakan, apa yang dibelanjakan dan berapa jumlahnya.

"Jumlah itu bukan kecil untuk institusi yang menamakan dirinya Iksim," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Hanya RM0.2 juta sahaja yang boleh kami kira, yang ada resit dan bukti transaksi," kata Mujahid (gambar) lagi.




Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembekuan peruntukan buat Iksim yang turut disentuhnya ketika menggulung titah diraja hari ini.

Dengan kepincangan audit dalaman itu, katanya lagi, kerajaan mengambil keputusan untuk membeku dana kepada Iksim. Pada 19 Julai lalu, Timbalan Menteri Agama Fuziah Salleh mengumumkan pembekuan dana Iksim serta langkah kerajaan untuk mengkaji sama ada mengekalkan atau membubarkannya.

Menjawab tuntutan sesetengah pihak agar pembekuan itu ditamatkan, Mujahid berkata ia tidak akan dilakukan selagi ia "berada dalam pentadbiran yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab".

"MAIWP antara yang membiayai Iksim kerana ianya bagus, tetapi malangnya daripada audit dalaman MAIWP mendapati berlaku salah guna kuasa dari sudut pentadbiran kewangan yang tidak bertanggungjawab.

“Dan kita nak MAIWP bertanggungjawab memberikannya dengan syarat ia mesti dilapor dan diaudit,” katanya.

Selain itu, Mujahid berkata kementerian akan menyelesaikan isu bayaran tertunggak kakitangan Iksim.

“Ada pun tadi dia sebut pasal pekerja, kami buat keputusan semua gaji yang tertunggak akan di selesaikan seberapa segera dan sekali gus tidak timbul kami abaikan kebajikan pekerja,” katanya.



Saksikan Hujah Debat Oleh YB Tony Pua Tentang 1MDB Di Persidangan Parlimen Terbaru
Malaysia Membuatkan YB BN Terdiam .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ