. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Polis Sahkan Kematian CEO Cradle Fund Sebagai Kes Bunuh

facebook like pop up

Monday 6 August 2018

Polis Sahkan Kematian CEO Cradle Fund Sebagai Kes Bunuh







TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


Polis mengesahkan kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lepas, kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada Jumaat lepas (3 Ogos).

"Keputusan itu dibuat berdasarkan laporan pihak bomba serta laporan bedah siasat yang diperoleh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tersebut, media melaporkan Nazrin, 47, maut dalam kebakaran di kediamannya di Petaling Jaya kira-kira 12.20 tengah hari.

Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah kementerian kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.

Ia adalah agensi memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney.



Saksikan Hujah Debat Oleh YB Tony Pua Tentang 1MDB Di Persidangan Parlimen Terbaru
Malaysia Membuatkan YB BN Terdiam .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ