. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: "Ya, Kami Dah Bercerai" - Datuk Seri Vida (DSV)

facebook like pop up

Sunday 2 April 2017

"Ya, Kami Dah Bercerai" - Datuk Seri Vida (DSV)








PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.

"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Ditanya adakah dia terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida berkata, perasaan kecewa masih menghantui dirinya kerana sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi.

"Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya," katanya.

Mengenai punca perpisahan mereka, Vida memberitahu beliau belum bersedia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.

"Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula," katanya.

Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.

"Tidak... sakit ini biar saya yang tanggung," katanya.

Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir ahli perniagaan kelahiran Machang, Kelantan itu memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu.

Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi.

"Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah," katanya.



Wanita terkenal itu berkata, beliau memilih untuk tidak membuat sebarang komen buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi.

"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua. "Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada festival jualan Mood Republik, di sini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada acara berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.

Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengusaha produk kecantikan ini mula bertebaran sejak dua minggu lalu. Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang. "Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah," katanya. Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga wanita terbabit.

Beliau yang merupakan bekas penaja utama pasukan bolasepak kelantan 'the pink warrrior' pada musim lepas (2016)& mencatat nama sebagai bekas penaja utama dalam rancangan realiti tv 'Mentor Millinenium' musim yang pertama kini bekerja keras untuk mempertahankan empayar perniagaan yg di binanya selama ini.




Beliau walaupun begitu sukses dengan perniagaannya tapi agak tidak begitu berjaya dalam kehidupan berumahtangganya itu setelah 3 kali rumahtangganya retak juga kehilangan 2 putera kesayangannya dalam kebakaran di rumahnya suatu masa dahulu ...








Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ