. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Bukti Najib Tak Takut Undang-Undang

facebook like pop up

Sunday 27 May 2018

Bukti Najib Tak Takut Undang-Undang






A Kadir Jasin




SHAH ALAM - Penemuan pelbagai barangan mewah di kediaman milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan beliau tidak takut pada undang-undang.

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin berkata, adalah mustahil bagi sesiapa mempercayai bahawa wang tunai, jongkong emas, permata berlian, jam tangan mewah dan beg tangan mahal yang ditemui itu adalah kekayaan turun temurun Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kalau dia takutkan undang-undang dan pembalasan, dia tentulah tidak menyimpan begitu banyak kekayaan peribadinya di tempat-tempat yang boleh dijumpai. Tetapi itulah yang berlaku,” katanya dalam tulisan di blognya, hari ini.

Menurut A Kadir, penemuan itu juga menunjukkan bahawa Najib terlampau percaya dengan pengikutnya bahawa BN akan menang dalam PRU14 sehingga beliau tidak membuat persediaan untuk menyelamatkan dirinya.

“Mereka (penyokong) inilah yang memesong dan meyakinkan Najib yang dia tidak perlu berbuat apa-apa kerana BN akan memang besar.

“Kita ucapkan terima kasih kepada mereka kerana atas maklumat palsu itulah Najib terus menyimpan harta karun yang luar biasa banyaknya itu di dalam negara,” katanya.

Katanya lagi, apa yang akan terjadi kepada Najib seterusnya sudah boleh diagak apabila beliau dipanggil untuk ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa ini berkaitan isu SRC International Sdn Bhd.

“Syarikat milik Kementerian Kewangan ini pinjam RM4.4 bilion duit pencen kakitangan awam daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kononnya untuk melombong arang batu di Mongolia.

“Kemungkinan Najib akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima atau menggunakan duit SRC untuk tujuan peribadi. Jumlah duit SRC yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dianggarkan antara RM40 juta hingga RM70 juta,” katanya.

Menurut beliau, adalah amat penting kerajaan baru memulakan proses membawa balik harta curi 1MDB dengan meminta bantuan negara lain yang turut menyiasat skandal berkenaan.

“Harap-harap dengan tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM itu, saga SRC dan 1MDB dapat ditamatkan, yang bersalah dihukum dan harta yang dicuri itu diperoleh semula,” katanya.

Awal pagi semalam, sebanyak 284 kotak berisi tas tangan berjenama mewah antaranya Hermes, Birkin dan Louis Vuitton diambil oleh pihak polis dalam pemeriksaan di kondominium mewah di Pavilion Residence.

Polis juga mengambil beberapa barangan di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan juga di Pejabat Perdana Menteri.

Kesemua barangan termasuk dokumen yang diambil adalah bertujuan menyiasat kes 1MDB.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ