
TOTAL VIEW
who is online counter blog counter
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan seorang putera Arab Saudi yang mendakwa “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan dokumen sokongan untuk membuktikan dakwaan itu.
“Ada surat untuk menunjukkan sumbangan itu datang dari putera Saudi. Jadi, berdasarkan surat itu pegawai kami pergi ke Arab Saudi.
“Dalam kes ini, seseorang perkenalkan putera ini kepada kami.
“Kami tanya putera Arab Saudi itu dan beliau mengaku menderma RM2.6 bilion. Tetapi apabila kami minta dokumen sokongan, beliau tidak boleh berikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Shukri berkata, siasatan ke atas dakwaan putera itu terhenti tanpa persetujuan daripada peguam negara.
“Jika anda mahu siasat lanjut di luar negara, anda memerlukan peguam negara untuk menandatangani satu dokumen, tetapi kami tidak dapat berbuat demikian.”
Shukri berkata, isu sumbangan RM2.6 bilion itu kini dikendalikan khas bagi menyiasat 1MDB yang turut dianggotainya.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan semula pasukan khas itu, 3 tahun selepas ia tiba-tiba ditamatkan susulan pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara.
Pasukan itu mengekalkan 2 bekas ahli sebagai ketua bersama: Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dua ahli baru yang dilantik adalah Shukri dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador.
Shukri yang memegang jawatan timbalan pengarah operasi SPRM pada 2015, mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank Najib.
SRC International ialah anak syarikat 1MDB, sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Apandi mengesahkan tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.
THIS ARTICLE IS SPONSORED BY
THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!


Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ