. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Laporan Esklusif : Justo dakwa jumpa Jho Low 2 kali bincang 1MDB

facebook like pop up

Friday 25 May 2018

Laporan Esklusif : Justo dakwa jumpa Jho Low 2 kali bincang 1MDB





Warga Switzerland yang menghabiskan 3 tahun di penjara Thailand, mendedahkan sebagai pekerja PetroSaudi, beliau menemui Jho Low untuk membincangkan perkara berkaitan 1MDB dan PetroSaudi.


Xavier Andre Justo berkata, beliau tahu ada sesuatu tidak kena, tetapi tidak menjangkakan “kegilaan ini”.
(Gambar bernama)

TOTAL VIEW
page visitor counter
who is online counter blog counter


PETALING JAYA: Bekas pegawai PetroSaudi International, Xavier Andre Justo berkata, beliau menemui ahli perniagaan, Low Taek Jho sebanyak 2 kali dan kini mendakwanya ialah pemain utama dalam skandal 1MDB.

Warganegara Switzerland itu turut mendakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam memenjarakannya di Thailand selama 3 tahun.

Justo memberitahu The Star, beliau menemui Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low, 2 kali untuk membincangkan perkara berkaitan 1MDB dan PetroSaudi International, bekas majikannya.

Pengurusan 1MDB dan pentadbiran Najib sebelum ini mendakwa Low tiada kaitan dengan 1MDB, walaupun ada laporan AS$700 juta daripada AS$1 bilion (RM3.9 bilion) yang disalurkan 1MDB kepada PetroSaudi, dimasukkan ke satu akaun milik sebuah syarikat bernama Good Star yang dikawal Jho Low.

Justo memberitahu The Star: “Saya jumpa dia 2 kali. Saya sudah beritahu pihak berkuasa Swiss butirannya.”

Katanya, beliau mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati jumlah wang yang banyak dipindahkan dan PetroSaudi mendapat komisen besar.

“(Pegawai tertinggi PetroSaudi) Tarek Obaid dan Patrick Mahony mempunyai akses kepada angka sebenar, tetapi saya tahu sesuatu tidak kena. Ada komisen untuk perniagaan minyak. Itu caranya dan tidak perlu naif. Perniagaan minyak bermakna rasuah.

“Ada perbezaan mengambil 1% atau 5%, dengan lebih 80% daripada jumlah komisen. Saya tahu ada sesuatu tidak kena, tetapi saya tidak menjangkakan kegilaan ini,” katanya.

Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun ke atas Justo pada Ogos 2015, selepas dia mengaku bersalah cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, syarikat minyak berpusat di Arab Saudi yang merupakan rakan usaha sama 1MDB, dengan membocorkan beberapa dokumen sulit.

Mahkamah memerintahkan Justo menjalani hukuman penjara itu mulai 22 Jun 2015, tarikh dia ditahan pihak berkuasa Thailand di Pulau Koh Samui, selatan Thailand.

Hukuman penjara 3 tahun Justo kemudian dipendekkan selepas dia diberikan 2 pengampunan diraja oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan Raja Maha Chakri Bodindradevarangkun.

Dokumen yang dibocorkan Justo selepas meninggalkan PetroSaudi pada 2011 mencetuskan penyiasatan di sekurang-kurangnya 6 negara berhubung dakwaan kecurian aset daripada dana 1MDB.

Mengenai dakwaan kerajaan pimpinan Najib terbabit dalam memenjarakannya, Justo berkata: “Encik Patrick Mahony, atas kebenaran atau arahan seseorang dari kerajaan anda, dan dengan kerjasama kerajaan anda, datang jumpa saya dalam penjara.”

Justo berkata, beliau tidak mencuri fail itu, sebaliknya hanya menyimpannya sementara kerana mahu mendapatkan wang yang dijanjikan PetroSaudi.

Katanya, beliau memberi fail itu kepada Tong Kooi Ong, pemilik The Edge Communications di Malaysia, melalui editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown selepas diyakinkan mereka ikhlas mahu mendedahkan skandal 1MDB.

Beliau memberitahu The Star: “Pada mulanya, sudah tentu, saya kata saya mahu duit. Saya boleh jual fail ini untuk mendapatkan wang yang banyak. Saya hanya mahu wang yang PetroSaudi hutang saya.

“Saya hanya mahu mereka semua, dari mula hingga akhir, dihukum atas jenayah mereka.

“Ia bukan hanya tentang wang yang mereka curi. Ya, ia amat teruk kerana wang ini sepatutnya disalurkan untuk (perkara seperti) pendidikan dan penjagaan kesihatan kanak-kanak, sebaliknya digunakan untuk membeli beg mewah, bot, jet dan pelacur. Ini adalah jenayah kewangan.

“Mereka melakukan perkara lebih teruk daripada itu. Mereka bunuh orang. Mereka mengugut orang. Mereka hantar saya ke penjara. Mereka ugut isteri saya dengan penangkapan. Mereka beri amaran kepada isteri saya yang anak kami akan dihantar ke rumah anak yatim di Thailand. Mereka perlu dihukum.”

Katanya, beliau bukan wira dan wira sebenar ialah rakyat Malaysia.



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ