. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Umno : Berubah Atau Berkubur ??

facebook like pop up

Saturday 26 May 2018

Umno : Berubah Atau Berkubur ??









MASALAH Umno sekarang ialah parti itu masih merasakan bahawa mereka masih berkuasa. Selepas tewas pada PRU14, nampaknya ada pemimpin dan ahli yang masih tidak mampu menerima hakikat kekalahan.

Umno/BN sekarang sudah jadi pembangkang, bukan kerajaan lagi. Penguasaan BN yang diketuai Umno selama enam dekad telah lebur.Kekalahan Umno dan BN adalah manifestasi rakyat yang mahukan perubahan.

Umno/BN yang sudah mentadbir negara selama lebih 60 tahun dikatakan tidak mampu lagi memenuhi aspirasi dan keluhan rakyat.

Landskap politik sudah berubah, Umno juga perlu berubah. Orang Melayu sudah memberikan isyarat yang jelas pada PRU yang lepas.

Umno perlu buat perubahan. Perubahan yang total dan drastik. Ini bukan soal penolakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja. Beliau sudah meletak jawatan sebagai presiden.

Tukar pemimpin tidak mampu mengubati masalah jika Umno masih mengamalkan budaya 'warlord', amalan politik wang dan bersikap angkuh serta perkauman.

Imej Umno sebagai parti yang feudal dan tidak dinamik di mata rakyat dikatakan telah mendorong penolakan besar-besaran rakyat terhadap parti tersebut.

Pada PRU14, BN/Umno sekadar memenangi 79 kerusi daripada keseluruhan 222 Parlimen.

Beberapa negeri yang sebelum ini menjadi kubu kuat juga menyaksikan kekalahan iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Terengganu.

Rakyat sudah hilang kepercayaan. Signal penolakan rakyat telah lama diberikan tetapi mungkin dipandang enteng oleh Umno.

Pada tahun 2016, dalam satu wawancara dengan sebuah portal, bekas Exco Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman pernah meramalkan Umno akan kalah teruk pada PRU14 kerana perjuangan parti itu sudah terpesong jauh.

“PRU akan datang Umno akan kalah teruk. Bukan saya sahaja yang kata, malah pemimpin Umno sendiri menyedari bahawa mereka tidak akan menang pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Ternyata ramalan beliau itu menjadi kenyataan. Kerajaan BN sudah tumbang, sekarang kerajaan Pakatan Harapan.

Adakah Umno sudah berubah dan mengambil iktibar daripada kekalahan itu? Susah untuk menjawab.

Ribut politik yang berlaku di Perlis menimbulkan persepsi bahawa Umno masih belum berubah.

Perlis bukanlah kawasan yang besar berbanding negeri-negeri lain dalam Malaysia tetapi perebutan kuasanya cukup hebat.

Walaupun sudah kalah pada PRU14, namun krisis itu membuktikan pemimpin Umno tidak biasa hidup tanpa kuasa.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermeyati Shamsuddin misalnya berkata, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan Umno.

Seorang ahli akademik ketika ditemui pada majlis berbuka puasa meluahkan, Umno bukan sahaja tidak relevan tetapi akan ‘mati secara perlahan-lahan’ sekiranya tidak berubah.

“Ahli Umno sendiri tidak ada jati diri. Satu demi satu akan menyertai parti kerajaan kerana mereka tidak biasa hidup susah,” katanya.

Justeru, perubahan drastik perlu dilakukan segera bagi memastikan parti keramat itu terus relevan dulu, kini dan selamanya.

Umno perlu bangkit dari tidur untuk menyusun gerakan bagi menghadapi PRU15. Ingat, situasi Umno sekarang bukan lagi seperti dahulu.

Parti itu perlu 'survive' untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang. Tugas untuk merampas kembali kerajaan bukan satu tugas yang mudah.

Umno tidak boleh bertangguh lagi kerana PRU15 bukannya lama. Pejam celik, pejam celik sudah sampai lima tahun. Jangan nanti apabila sampai waktu tersebut, Umno masih belum bersedia.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata: “Kita dah runtuh, tapi perlu bangkit. Kita susun semula batu-bata ini, supaya ia dapat jadi dinding dan tembok yang kuat, lebih perkasa untuk pastikan jika berlaku tsunami, kita mampu menolaknya.”

PRU14 juga telah memberikan isyarat yang cukup jelas bahawa soal integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik adalah penting dalam memacu negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed secara tegas mengingatkan ahli parti supaya menolak budaya negatif yang telah mencalarkan imej Umno.

Ahli-ahli Umno juga perlu menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin terutama ketika parti berada dalam situasi sukar.

Paling penting, ahli-ahli Umno mesti bersedia untuk membuka ruang kepada perubahan dan pembaharuan dalam parti.

Pemimpin pula perlu muhasabah. Umno sebenarnya terperangkap dengan banyak isu terutama integriti pemimpin, serangan persepsi dan kebencian keterlaluan serta gejala cah keting.

Hakikatnya, walaupun kalah pada PRU14, tidak bermakna Umno hilang sokongan keseluruhan rakyat.

Buktinya jelas apabila Umno memiliki 54 kerusi di Dewan Rakyat. Amanah besar sebagai pembangkang ini perlu ditunaikan dengan sebaik mungkin.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, Dr. Ummu Atiyah Ahmad Zakuan berkata, Umno tidak boleh terus meratapi kekalahan mereka sekiranya ingin kembali memerintah negara pada PRU akan datang.

“BN/Umno perlu berubah kerana rakyat sudah menyatakan hasrat dan keperluan mereka dengan jelas. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menjadi pembangkang yang bijak.

"Negeri-negeri yang ditadbir mereka juga perlu menunjukkan usaha dan komitmen untuk membantu rakyat dengan ikhlas,” ujarnya.

Rajuk orang Melayu tidak lama. Mereka akan menjadikan Umno sandaran sekiranya melihat kesungguhan parti itu untuk berubah. Hakikatnya, Umno masih belum kalah.



Saksikan Hujah Debat Oleh YB Tony Pua Tentang 1MDB Di Persidangan Parlimen Terbaru
Malaysia Membuatkan YB BN Terdiam .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ